Followers

19 RABIULAKHIR 1432H..

24 Mac 2011 = Khamis. Pada hari tersebut adalah hari yg pling classmate ku ske coz da 2 week klas hari khamis kami cancel.weeeee... :D ak pn ngn bahagianye bangun tido lewat. Al-maklum la klas ari2 kol 8, da dpt peluang keemasan ofkos la topup tido pgi yg skian lme terganggu.huhuuu...da bangun lewat, perut pn lapa suda. ntah kenapa ari 2 ak xnk bwk phone g mkn. sekitar jam 12.45 ak pn nga pkai stokin siap2 nk p makan. rse2 nye telinga ak nie de dengar lgu me & u.ala..lgu cassie 2.sbb pintu blik pn da kunci, ak pn malas nk amek phone.maybe member ak kol sbb lambat trun.janji melayu la katakan...hehehe..

orang perempuan nie kalau da jumpe member mmg banyak citer. tak abes2 citcat je.borak punya borak jam da pukul 2.ble balik bilik ak pun terus tengok phone. Nah kau!!! 9 miskol, 5 mesej. Tapi ati nie rse sedap coz yg miskol 2 abah dan along.ak pun terus call along untuk mendapatkan kepastian.tergamam ak seketika setelah along memberi tahu ak tok dah tak de.ak terduduk seperti tidak percaya dengan berita mengejut itu.air mata yang bertakung  tak dapat lgi ak menahan lalu berjurai membasahi pipi.

habis semua kaunter bas ak cri tiket paling awal tapi, ak bukan anak toket bas sesuka ati nak suruh bas 2 jalan. nak tak nak, tunggu la ak sampai pukul 5.dalam perjalanan pulang, mak, abah, along tak henti2 "Hang kat mana da nie? lambat lagi ka sampai?arwah nak dikebumikan lepas solat maghrib." bertambah sedih ati  ini mengenangkan arwah tok tersayang.apakan dayaku, perjalanan ke rumah masih jauh.ak hanya mampu berkata  "tak pa la mak, sempurnakan jenazah 2 yang lagi penting. "jauh disudut atiku nak kucup dahi arwah tok untuk kali yang terakhir.hanya doa dapat ak sedekahkan agar tok di tempat kan dala kalangan orang yang beriman.

hari nie, 30 mac 2011 cukup 7 ari arwah pergi meninggalkan ak dan keluarga.mengenang nasib tokwan yang sunyi tanpa teman hidup disisi amat menyedihkan.setiap kali ak memandang air muka tokwan,jelas terpapar kesedihan .mungkin gelak tawanya hanya lakonan. bagaimana harus kita lupakan kenangan yang terpahat selama lebih 40 tahun bersama isteri tersayang??? tidak semudah itu...tetapi, itu lah yang harus dilalui tokwan untuk meneruskan hidup.

setiap sudut rumah ak merasakan masih terdapat bayang2 arwah.sedangkan ak hanya seorang cucu masih tidak dapat menerima kehilangan yang amat besar,ari2 menangis mengenangkan arwah tok yang sangat sayangkan semua anak,cucu & menantunya. apatah lagi tokwan? bila tokwan tengok tv sorang2 mengalir air mata nya.tv hanya sekadar hiasan tetapi hati dan fikirannya masih ada arwah tok.perlahan-lahan tokwan mengesat air mata di pipi.ak yang memerhatikan tokwan  juga mengalirkan air mata.ak memohon pada mu ya ALLAH....kau berikanlah kekuatan kepada diriku,atokku & seluruh ahli keluargaku untuk meneruskan hidup diatas pemergian arwah tok buat selama-lamanya....
Amin ya rabbal a'lamin.....

No comments:

Miszz SyazaZana