Followers

Melalut Sat..!

hmmm..cane la nk cte. xtaw nk start dri mne.asl la mlut ak nie laju je nk bcakap.hah!!! padan mke ak. kan da kne marah.huhuu..
 
haipp haipppp!!! pe la nak jadi ngn mulut ak nie.time org nak baik, ak plak wat hal. kerana mulut, hatiku binasa.hahaha..pepatah baru tercipta 2. :d xpe la org nak ckp pe pn..pe ak wt sbena nye nk merungkai kesangsian yg lme tpendam. sakit hati nie skejap je. ape yg penting? kerjasama!! bgus wonderpet.
 
skang wonderpet nk bina 1 kehidupan yg baru insyaallah kehidupan yg lbey d redhai hingga ke akhir hayat. biar sakit ati, tp yg penting kesabaran 2 yg tinggi pasti de balasan. saya kuat!!!! yeay..!!!


P/S : entry nk melalut je nie.da tensen ngn final exam. ~lalalalala.. 




~Surah - surah amalan~



     Alhamdulillah..di pagi jumaat yang mulia,penghulu segala hari nie saya bukan nak luahkan perasaan (hehee) tapi nak share sedikit ilmiah yang saya baca kepada yang sudi membaca.Hidup kita nie tak siapa tahu bila datangnya ajal.ada manusia Allah s.w.t kurniakan jangka hayat yang panjang,ada manusia Allah tetapkan usianya hanya seketika didunia ini.Perjanjian antara hamba dan penciptaNYA segala-galanya sudah tertulis.

     Seperti yang kita pelajari, tidak ada seorang pun yang akan terlepas daripada siksaan kubur.Sesungguhnya Allah subhanahuwataa'la amat menyayangi hamba-hamba nya lalu diturunkan kitab suci Alquran sebagai pembimbing kita bukan sahaja didunia,malah di akhirat yang kekal abadi.Izinkan saya berkongsi ilmu mengenai surah-surah amalan dan kelebihannya.

SURAH AL-FATIHAH

Sabda Rasulullah s.a.w :"Sebaik-baik Al-Quran adalah(iaitu surah al-Fatihah)". (H.R. Baihaqi).Amalkan membaca Surah Al-Fatihah sebelum tidur diikuti dengan membaca Surah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas dan Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.Insya'Allah kita akan dilindungi daripada gangguan syaitan.

 SURAH AL-BAQARAH

Sabda Rasulullah s.a.w :"Bacalah surah al-Baqarah di rumahmu kerana sesungguhnya syaitan tidak akan masuk rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah." (H.R. Al-Hakim)

SURAH AL-KAHFI

Abu Sa'id al-Kudri meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, pasti nur akan meneranginya antara dua Jumaat. " (Riwayat dikemukakan oleh al-Sayuti - dinilai sahih).

Abu Darda' meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang menghafaz 10 ayat dari awal surah al-Kahfi, ia terpelihara daripada Dajjal." (Riwayat Muslim -dinilai sahih)

SURAH YASIIN

Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah Yasiin di permulaan hariakan dipenuhi hajat pada hari itu." (H.R. Al-Darimi) 

Sabda Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala bersamaan sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan
pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat.Amalan ini juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari
kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AL-DUKHAN

Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70000 para malaikat di waktu pagi." (H.R. al-Tirmidzi)

"Sesiapa yang membaca Haa Mim(surah) yang disebut padanya al-Dukhan ia akan menikmati waktu pagi dalam keadaan mendapat keampunan." (Riwayat Ibn Kathir dengan jalur yang riwayat yang dinilai Jaiyid)

SURAH AL-MULK

Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Sesungguhnya dalam Al-Quran ada satu surah yang mempunyai 30 ayat yang memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga ia diberi keampunan (iaitu surah Al-Mulk)." (H.R, al-Nasai')

Sabda Rasulullah s.a.w., "Ia adalah surah pelindung.Ia menyelamatkan (pengamalnya) daripada azab kubur." mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah akan terselamat dari azab kubur.(Riwayat al-Tirmizi dan dinilai Hasan Gharib)

SURAH AL-KAFIRUN

Sabda rasulullah s.a.w. ,"Apabila kamu hendak tidur di waktu malam maka hendaklah kamu membaca ...(surah al-Kafirun) kemudian tidurlah bila selesai membacanya kerana ia adalah pembebasan daripada syirik." (H.R. al-Tirmidzi)

Sesiapa yang membaca Surah Al-Kafirun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).
 

SURAH AL-IKHLAS

Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca .....(surah Al-Ikhlash) seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran." (H.R. al-Tirmidzi)


     Alhamdulillah..dapat juga saya kongsi ilmu pada hari ini.semoga Allah merahmati hidupku serta kepada sesiapa yang sudi membaca dan mengamalkannya.Saya sentiasa mengingati pesan seorang guru saya iaitu "Jaga Iman,Jaga Amal." perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.Tak terkecuali juga kepada ~Kasih Pemelihara Agama~ (^_^)

Kisah Rahsia Disebalik Solat,Puasa dan Syafaat Rasullullah S.A.W

     Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: 'Jagalah waktu-waktu solat terutama sekali solat yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan solat Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan'. Sabda Rasullullah S.A.W.: 'solat Isya' (attammah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath.'
     Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: Solat Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan solat subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:
  • 1.       Dibebaskan dari api neraka.
  • 2.       Dibebaskan dari nifaq (sifat munafik).
     Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.
     Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya'. Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.’ Sabda Rasullullah S.A.W : Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara:
  • 1.       Akan dicairkan daging haram yang tumbuh di badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
  • 2.       Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
  • 3.       Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
  • 4.       Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
  • 5.       Diringan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
  • 6.       Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
  • 7.       Allah S.W.T. akan memberinya balasan syurga.'
     Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.' Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'

     Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'
    "Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah : 155)
Miszz SyazaZana